Padah Gurau Beri Seks Percuma

Published: 06 March 2018
on channel: Buletin TV3
1,240,391
5.7k

Nak beri perkhidmatan seks percuma?

Gila tak gurauan itu?



Seorang blogger remaja dikenali sebagai Miss Ye, 19 tahun, ditahan polis selepas mencetuskan kekecohan di China apabila dia memberitahu di media sosial mahu menawarkan perkhidmatan seks secara percuma.



Akibatnya, 3,000 lelaki membanjiri sebuah hotel yang dimaklumkan oleh remaja itu tempat penginapannya.



Tawaran seks percuma itu dinyatakan oleh Miss Ye pada pukul 8 malam dan dia turut memaklumkan nombor biliknya di hotel Double Tree.



Sebaik tawaran itu dibuat, pelbagai jenis lelaki datang mengetuk pintu biliknya.



Pada masa sama pihak hotel juga dibanjiri dengan panggilan telefon bagi bertanyakan mengenai Miss Ye.



Miss Ye kemudiannya menjadi takut hingga terpaksa menjelaskan bahawa dia hanya bergurau.


Nak jadi popular pun biarlah bertempat, jangan sesekali membuat gurauan yang tidak senonoh ye!